Rabu, 18 September 2019

SAHABAT MALAYSIA




PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN PERSAHABATAN

MALAYSIA (PPM-006-02-02042019)

MUQADDIMAH

ALHAMDULILLAH, dengan izin dan rahmat-NYA Pertubuhan Kebajikan Ikatan
Persahabatan Malaysia, telah berjaya ditubuhkan sekaligus didaftar sebagai sebuah
pertubuhan yang sah di Malaysia. Pertubuhan ini didaftarkan di bawah akta
pertubuhan 1966, dengan menggunakan nama PERTUBUHAN KEBAJIKAN
IKATAN PERSAHABATAN MALAYSIA, NO PENDATARAN, PPM-006-02-02042019
dan pertubuhan ini ringkasnya dipanggil SAHABAT.
Pertubuhan SAHABAT ini bermula daripada PERTUBUHAN KEBAJIKAN 
PERSAHABATAN INSAN NEGERI KEDAH sebelum didaftarkan sebagai sebuah
pertubuhan yang lebih luas ruangnya iaitu ditubuhkan sebagai pertubuhan yang sah
di dalam negara Malaysia.
Pertubuhan SAHABAT ini ditubuhkan dengan niat yang murni iaitu, untuk melakukan
kerja-kerja kebajikan sebagaimana yang tertera dalam nama SAHABAT itu sendiri.
Kebajikan yang tidak mengira bangsa dan agama atau warna kulit atau apa pun
perbezaan sesama manusia, SAHABAT bergerak untuk menyampaikan kebajikan
sesama manusia dengan sedaya upaya. Walaupun ketika ini hanya mampu
menyumbangkan sedikit beras dan kutipan derma sesama ahli yang tidak seberapa,
namun gerak kerja kebajikan ini tetap diterus demi memenuhi niat awal penubuhan
SAHABAT
Disamping itu kami dengan sedaya upaya memberikan penerangan
tentang kerja-kerja kebajikan kepada ahli-ahli SAHABAT agar sentiasa peka dengan
suasana dan situasi di sekeliling, iaitu melihat insan-insan yang perlu dibantu
walaupun hanya dengan 5 kilo beras. Kami ingin melihat semua ahli SAHABAT
cergas dan pantas terhadap panggilan kebajikan.

Kita perlu sedar bahawa kebajikan adalah suatu amalan yang sangat disukai oleh
ALLAH SWT, bahkan RASULULLAH SAW menjanjikan pulangan pahala dan rezeki
yang melimpah-ruah bila kita melakukan kerja-kerja kebajikan. Ini lah yang
diperjuangkan oleh SAHABAT MALAYSIA, menebarkan kebajikan seluasnya
kepada masyarakat, memberikan bimbingan dan kesedaran kepada masyarakat
tentang perlunya melakukan amal kebajikan.

Begitu juga dengan kalimah SAHABAT yang diletakkan dalam nama pertubuhan ini,
yang memberi makna asas, mementingkan nilai-nilai persahabatan dan
kemanusiaan tanpa mengira bangsa dan agama. Persahabatan akan mewujudkan
kehidupan masyarakat yang saling menghormati, saling bantu membantu, saling
berganding bahu pada ketika menghadapi musibah-musibah.

Kalimah KEBAJIKAN apabila digandingkan dengan PERSAHABATAN, akan
menjadi lebih sempurna, kerana kebajikan adalah mencernakan nilai-nilai
persahabatan yang sejati.
Permusuhan tidak akan pernah mewujudkan kebajikan.
Hanya insan-insan yang memiliki jiwa persahabatan yang akan dapat mewujudkan
suasana kebajikan. Nilai-nilai murni PERSAHABATAN akan diterjemahkan dalam
bentuk KEBAJIKAN.
KEBAJIKAN DAN PERSAHABATAN..,KEBAJIKAN DAN PERSAHABATAN..,
KEBAJIKAN DAN PERSAHABATAN...,inilah DUA nilai murni dan kerja mulia yang
perlu diteruskan dan dipelopori oleh generasi demi generasi, kerana tanpa kebajikan
manusia akan hidup mementingkan diri, hidup dalam keegoan dan golongan yang
kurang kemampuan akan terus tertindas tanpa dibantu. Inilah yang diperjuangkan
oleh SAHABAT MALAYSIA selamanya.
Apabila anda melihat SAHABAT anda akan melihat KEBAJIKAN bersama mereka.
Semoga ALLAH SWT MERAHMATI KERJA-KERJA MULIA INI.

“SAHABAT MALAYSIA MELESTARIKAN KEBAJIKAN SESAMA MANUSIA”


VISI SAHABAT MALAYSIA

SAHABAT MALAYSIA mempunyai visi yang jelas yang dimuatkan dalam TIGA
kalimah/perkataan iaitu ;

                             TAQWA, AMAL DAN AKHLAK


TAQWA

TAQWA merujuk kepada keimanan, kepatuhan dan penyerahan insan kepada
SANG PENCIPTA, iaitu ALLAH SWT. 
Dengan adanya TAQWA ini maka seseorang
manusia itu akan menjadi hamba yang terbaik kepada TUHANnya. Daripada
TAQWA inilah yang memunculkan nilai-nilai luhur yang terbaik dalam diri seseorang
manusia.Dengan adanya TAQWA, manusia akan memiliki sifat-sifat mulia seperti,
amal soleh, persahabataan, kebajikan dan segala sifat-sifat terpuji yang dicintai oleh
ALLAH SWT. Maka SAHABAT MALAYSIA memilih kalimah ini untuk menjadi
kalimah pertama dalam VISI pertubuhan ini.

AMAL

Seulas kalimah/perkataan yang membawa maksud pembuktian atau pekerjaan yang
lahir daripada sifat TAQWA, seperti solat, puasa, zakat, haji, umrah dan segala
pekerjaan yang baik termasuklah saling bantu sesama, melakukan kebajikan.
TAQWA akan melahirkan insan yang BERAMAL soleh yang disukai oleh ALLAH
SWT. Maka gandingan DUA kalimah ini tidak boleh dipisahkan seumpama kalimah
BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH yang sering disebutkan dalam AL-QUR’AN
YANG MULIA. Inilah kalimah ke dua yang dipilih dalam visi SAHABAT MALAYSIA
sebagai gandingan bagi TAQWA.

AKHLAK

Inilah nilai yang diperjuangkan oleh BAGINDA NABI MULIA SAW, sehinggakan
BAGINDA SAW menyebutkan, “AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN
AKHLAK YANG MULIA”. Dengan ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa
AKHLAK adalah sebuah kalimah yang menggambarkan tentang adab, kelakuan
atau perangai yang mulia. BERTAQWA DAN BERAMAL tanpa AKHLAK bagaikan
pokok yang berbuah tetapi tidak dapat dimakan oleh manusia ataupun haiwan,
kerana buahnya masam dan buruk. Maka ketahuilah bahawa AKHLAK adalah
penyempurnaan bagi TAQWA DAN AMAL SOLEH, atas kesedaraan inilah kami
menggabungkan ke TIGA kalimah ini untuk menjadi sebuah VISI yang sempurna
dalam PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN PERSAHABATAN MALAYSIA.


OBJEKTIF SAHABAT MALAYSIA

SAHABAT MALAYSIA memperjuangkan TIGA objektif utama dalam pertubuhan ini
iaitu ;

1. MENDIDIK DAN MENTARBIYAH AHLI-AHLI SAHABAT KEARAH
KEILMUAN DAN BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT

2. MENGHIDUPKAN KECINTAAN KEPADA RASULULLAH SAW

3. MEREALISASIKAN BUDAYA TOLONG MENOLONG, BUDAYA PEMURAH
DAN AKHLAK YANG BAIK.

Ketiga-tiga objektif ini menceritakan tentang VISI utama iaitu, TAQWA, AMAL dan
AKHLAK. Dengan adanya objektif ini, visi utama akan dapat digapai melalui
penerangan dan penerapan objektif kepada ahli-ahli SAHABAT MALAYSIA.
Pada ketika ini kami telah melaksanakan ke tiga-tiga objektif yang tersebut walaupun
secara kecil-kecilan dan berperingkat bagi memberi kesedaran kepada semua ahli
SAHABAT MALAYSIA tentang VISI pertubuhan ini.

Kami bercita-cita besar untuk membawa manusia dan masyarakat di Malaysia ke
arah kehidupan yang penuh dengan amal kebaikan, kehidupan masyarakat yang
berakhlak mulia, kehidupan yang penuh dengan kabajikan.

Semoga PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN PERSAHABATAN MALAYSIA
(SAHABAT MALAYSIA) akan terus maju dan masyur sebagai penggerak kerja-kerja kebajikan
di seluruh Malaysia.
Marilah kita sama-sama membudayakan dan mengaktifkan kebajikan bersama
SAHABAT MALAYSIA.

#Sahabat Selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH

Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persauda...