ALOR SETAR, 18 Mac – “Sejarah negeri Kedah mesti ditulis semula.”
Itulah kesimpulan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Haji Wan Samsudin bin Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ketika mengakhiri sesi dialog bersama ahli-ahli ISMA, semalam.
Ujarnya, penulisan semula sejarah Kedah adalah perlu berdasarkan penemuan-penemuan terkini dan hasil kajian komprehensif oleh PSMCK sejak sekian lama.
“Sebelum ini At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyebutkan kedatangan Islam di bumi Kedah berlaku pada tahun 1136 Masihi, namun penemuan batu nisan Sheikh Abdul Kadir di Langgar dan inskripsi Ibnu Sirdan menunjukkan Islam telah bertapak seawal tahun 904 Masihi lagi.
“Islam tiba di Kedah lebih awal daripada Melaka,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang penemuan arkeologi di Sungai Batu.
“Tamadun Sungai Batu adalah bukti bahawa ibu kota Langkasuka terletak di kawasan tersebut, bukannya Patani.
“Malah, penemuan bukti teknologi peleburan besi dan pelabuhan lama di Sungai Batu juga menjelaskan betapa hebatnya orang-orang Melayu sejak sekian lama,” ujar Dato’ Dr. Haji Wan Samsudin lagi.
Turut hadir dalam sesi dialog berkenaan ialah Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis / Kedah, pimpinan ISMA peringkat pusat dan cawangan serta ahli-ahli ISMA.
Di bawah:-
Makam Sheik Abd Kadir ibni Sheik Hussein Alirah Syah 904M
Sabtu, 18 Ogos 2018
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persauda...
-
قصة قصيرة الملياردير المصري صلاح عطية بداية الحكاية : Kisah ringkas jutawan mesir salah atiyyah Seorang millionaire mesir.. Bernama s...
-
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKATAN PERSAHABATAN MALAYSIA (PPM-006-02-02042019) MUQADDIMAH ALHAMDULILLAH , dengan izin dan rahmat-NYA Pert...
-
Marilah kita menjadi hamba yang taat kepada Allah swt,taqwa yang sebenar2nya taqwa menjaga hubungan baik dengan Allah swt dan menjaga hub...





Tiada ulasan:
Catat Ulasan